1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan?
Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada “subject matter” dalam skim Stormreaders Network Sdn Bhd.
2. Menjadi Ahli
Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk:
- Kit Permulaan Perniagaan = RM30
- Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
- Insuran Takaful RM20,000
- Khairat Kematian RM3,000
- Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)
Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu:
1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.
2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).
3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan.
Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed
baca lebih lanjut di sini
Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed
Penasihat Syariah
Stormreaders Network Sdn Bhd
13 Ramadhan 1430H

Tiada ulasan:
Catat Ulasan